Agent Compass

Bahagian ini mengandungi guideline dan SOP berkaitan untuk memudahkan agent memahami proses yang terlibat dan juga menjawab persoalan asas yang ada.

Anda boleh access bahagian ini pada bila bila masa di MENU>AGENT COMPASS.

WAJIB UNTUK SEMUA AGENT BACA DAN FAHAMI

1. AGENT BARU

1.1 : PENTING! JOIN GROUP TELEGRAM KHAS

Semua group ini adalah penting untuk anda dapatkan info berkenaan new design, new update, bahan marketing dan pertanyaan.

Agent wajib join semua group dibawah, klik pada title untuk join:

  1. GROUP SUPPORT NFH WARRIOR
    Untuk agent bertanya sebarang soalan berkaitan
  2. NFH AGENT PRODUCT CATALOG
    Untuk agent dapatkan konten gambar & video
  3. NFH INFO BROADCAST
    Untuk agent dapatkan hebahan info penting dari HQ
  4. NFH AGENT FEEDBACK
    Untuk agent dapatkan testimoni pelanggan NFH. Boleh digunakan sebagai konten untuk pemasaran
  5. NFH TESTIMONI CUSTOMER
    Untuk agent share testimoni pelanggan masing-masing. Testimoni berupaya bantu agent untuk tingkatkan closing

Dah selesai join semua group? Tahniah!

Baca panduan seterusnya di bawah

2. PANDUAN WEBSITE

2.1 : PENGENALAN

nfhdropship.com adalah platform khas untuk keperluan agent NFH. Antaranya :

  • Buat order pelanggan
  • Semak status order
  • Buat aduan mengenai order
  • Pertanyaan dan lain lain

Baca step seterusnya

2.2 : CARA BUAT ORDER

Proses buat order pelanggan adalah sama seperti kebanyakan Ecommerce website & marketplace yang anda pernah guna.

Caranya seperti berikut:

1. Cari Produk
Anda boleh view semua product di bahagian MENU>CATALOG atau tekan Search Button dan masukkan nama produk.

2. Pilih Produk>Warna>Size>Kuantiti
Dah jumpa produk tu anda boleh pilih warna, size, & kuantiti yang pelanggan pesan.

3. Add To Cart>View Cart
Selesai pilih. Terus tekan button 'Add To Cart'. Kalau ada lagi produk lain untuk order pelanggan tersebut boleh cari dan 'Add To Cart' lagi. Dah siap pilih semua lepas tu boleh tekan button 'Cart Bag' untuk preview produk yang dipilih.

4. Checkout

Ship to
- Bahagian ini merujuk kepada Shipping Address. Masukkan Nama, Alamat, No Phone pelanggan di sini.

Pastikan detail pelanggan adalah betul. Agent tak boleh edit detail selepas order dibuat. Kesilapan pada alamat akan mengakibatkan parcel tak dapat dihantar oleh kurier. Kesilapan no phone akan menyebabkan pelanggan tak dapat dihubungi untuk delivery.

Detail pelanggan yang anda pernah masukkan akan kekal di dalam senarai ini. Anda boleh pilih untuk kekalkan atau delete.

Shipping Method - Bahagian ini merujuk kepada Courier yang available dan shipping fee yang dikenakan bergantung kepada alamat pelanggan yang anda masukkan. Secara asasnya percuma untuk semenanjung dan ada caj untuk kawasan selain itu.

  • Saya ada AWB shopee/tiktokshop sendiri. Macam mana?
  • Berapa shipping fee Sabah/ Sarawak/ Singapore?

Untuk soalan seperti di atas sila rujuk di section ke 3. Frequently Asked Question (FAQ)

Payment - Anda perlu memilih cara buat pembayaran disini. Senarai cara pembayaran:
1. Online Banking
2. Credit Card (akan datang)
3. Ewallet (akan datang)

Nota: Bahagian Payment akan disable untuk penghantaran ke Singapore yang melebihi limit RM1000 per order.

Pay Now - Tekan button pay now dan anda boleh pilih bank dan selesaikan pembayaran.

Setelah pembayaran berjaya order akan diterima oleh sistem dan akan diproses.

Baca step seterusnya

2.3 : CARA SEMAK STATUS ORDER

Terdapat beberapa cara yang dah tersedia untuk agent semak status order

1. Melalui Email Notification
Email yang berdaftar akan menerima status order update dan tracking no bagi setiap order.

2. Account
Account page boleh di access melalui MENU>ACCOUNT. Ada senarai semua order yang pernah dibuat dan boleh semak semua detail untuk setiap order

Baca step seterusnya

2.4 : CARA BUAT ADUAN MENGENAI ORDER

Sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai order, anda boleh buat aduan untuk penyelesaian.

Di bahagian bawah sebelah kanan website ada satu HELP button (berwarna biru dan putih).

Tekan butang tersebut dan nyatakan masalah tersebut berserta order number yang terlibat. Anda juga boleh attach gambar di sini.

Sila masukkan email address berdaftar apabila diminta di bahagian chat.

Ini penting untuk semakan status order dan anda juga akan dapat update reply dari Agent Support melalui email tersebut

Agent Support akan bantu anda untuk penyelesaian.

3. FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

3.1 BOLEH KE SAYA JUAL DI SHOPEE/TIKTOK SENDIRI?

Ada sebahagian agent menjual di kedai SHOPEE/TIKTOK/LAZADA sendiri. Ini hanya lah dibenarkan sekiranya agent mematuhi syarat syarat ini:

1. Senarai courier yang diterima hanyalah seperti berikut

  • J&T
  • Ninja Van
  • SPX
  • Best Express
  • Flash Express

Jika tidak order anda akan dibatalkan.

2. Sebarang RETURN tanpa kerosakan/kesalahan dan CANCELLATION oleh customer selepas parcel diposkan adalah tanggunjawab agent sepenuhnya.

Shopee ada policy 'Free Return' dan TikTok Shop ada policy 'No Longer Needed'. Ini bermaksud pelanggan anda di platform tersebut ada hak untuk return semula parcel kepada anda walaupun tiada masalah pada item. Sebarang return order ini adalah dibawah tanggungjawab agent sendiri. Tiada refund jika customer shopee/tiktok anda return semula kepada anda.

3. Jika customer anda cancel order di platform shopee/tiktok tetapi order sudah dibuat oleh anda.

Anda boleh maklumkan kepada Agent Support dengan segera untuk pembatalan order dan ini hanya dibolehkan untuk order yang belum diposkan sahaja. Agent Support akan bantu uruskan refund dalam masa 1-3 hari bekerja

4. HQ hanya akan ship out order mengikut garis masa standard (1-3 hari bekerja selepas order dibuat).


PENTING!
Jika anda boleh memenuhi syarat syarat di atas anda boleh proceed untuk buat order AWB sendiri dengan cara berikut:

1. Add to cart semua item yang pelanggan order

2. Wajib upload file AWB dan add to cart item 'Marketplace AWB' anda bersama Item order tersebut. 'Marketplace AWB' ini terletak pada MENU>ADD ON

3. Sewaktu checkout, pilih option 'Marketplace AWB' pada bahagian shipping method

4. Buat pembayaran dan anda telah selesai

HQ akan ship out order tersebut menggunakan AWB yang anda attach pada customer anda

3.2 BERAPA SHIPPING FEES DAN CARA KIRA?

Shipping Fee akan dikira secara automatik berdasarkan alamat pelanggan dan akan dinyatakan pada bahagian Shipping Method ketika checkout.

Boleh rujuk cara pengiraan di bawah
Courier
: Ninja Van

Semenanjung
Free Shipping

Sabah Sarawak
1st Item : RM8
2nd Item : +RM8
3 Item & keatas : +RM5 untuk setiap item

Singapore
1st Item : RM25
2nd & keatas : +RM10 untuk setiap item

Contoh situasi :

Customer saya beralamat di Sabah dan beli 5 pasang baju. Berapa total fee?

5 pasang : RM8 + RM8 + RM5 + RM5 + RM5
TOTAL : RM31


3.3 ADA LIMIT PER ORDER KE? SAYA NAK PAYMENT TAK BOLEH

Limit Per Order ke SINGAPORE

Jumlah pembelian termasuk kos shipping untuk penghantaran ke Singapore dihadkan kepada maksimum RM1000 bagi setiap order.

Jika melebihi RM1000 sila buat order yang kedua jika tidak pembayaran tak boleh dibuat.

Tiada Limit Per Order untuk penghantaran dalam MALAYSIA